Tuesday, June 21, 2011

Al-Fatihah

Bayi demam maut nahas ke hospital


Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my


ALOR GAJAH: Seorang bayi perempuan berusia lima bulan dalam perjalanan mendapatkan rawatan di hospital kerana deman panas maut selepas Proton Iswara dinaiki bersama keluarganya terbabit kemalangan dengan dua kereta lain di Kampung Panchor, Durian Tunggal, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, Siti Nor Faris Izati Albaniza, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka kerana cedera parah di kepala.

Turut cedera dalam kemalangan itu bapanya, Albaniza Alwi, 34, ibu, Faridah Sabtu, 29, dan abangnya, Mohd Nor Faris Ridwan, 7.

Dua lagi mangsa lain adalah pemandu sebuah lagi kereta iaitu, Yusairi Mohd Yusof, 34, dan Ton Salam Teehan, 51.
Ibu saudara mangsa, Elma Suhana Jamaludin, 30, berkata, ketika kejadian, mangsa yang dijaganya dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah kerana demam panas.

“Mereka ke Hospital Alor Gajah kira-kira jam 6 petang. Sebelum itu, saya sempat mendukung dan mencium arwah untuk seketika sebelum diserahkan kepada kedua ibu bapanya,” katanya.

Sementara itu, seorang penjual tebu dikenali sebagai Ahmad, 40-an, berkata, dia yang berada tidak jauh dari tempat kejadian dikejutkan dengan satu dentuman kuat kesan kemalangan itu.

“Saya berlari ke tempat kejadian dan melihat empat sekeluarga dalam sebuah kereta meraung kesakitan manakala wanita berlumuran darah sedang memangku bayi perempuan yang kelihatan sudah kebiruan serta lemah dan tidak bergerak.

“Saya cuba memberi pertolongan, namun gagal kerana kereta itu remuk teruk lalu menghubungi bomba,” katanya.

Menurutnya, di tempat duduk belakang, dia ternampak seorang lagi kanak-kanak (Mohd Nor Faris Ridwan) dalam keadaan terbaring dan mengerang kesakitan lalu terus membawanya keluar.

***bapa kepada bayi ini adalah sepupu aku....kami sekeluarga ingin ucap takziah....maaf tak dpt pulang. smoga tabah menghadapi dugaan ini...

2 comments:

Effah Mahat said...

Astagfirullahah azim...
"innanilahiwainna ilaihi rojiun"...

aku baca berita ni macam nak nangis terbayang sekeluarga mengerang kesakitan. tiba2 teringat saat2 di kereta di langgar lori bulan januari hari tu. masa tu nak keklinik juga sbb nana demam.. :(

Semoga tabah menghadapi... Semoga tabah menghadapi. tak terbayang kalau terjadi pada diri sendiri...

Al-Fatihah buat arwah Siti Nor Faris..

$ue @nim said...

takziah buat keluarga mangsa dan al-fatihah tuk arwah...

Daisypath Anniversary Years Ticker



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...