Tuesday, September 2, 2014

57 tahun Merdeka...

Di sini lahirnya sebuah cinta....tema merdeka utk tahun ni....aku rs mcm kena sgt tema tu dgn kami anak beranak....setelah 3 tahun di Labuan, baru la kami rs akan kenikmatan tinggal di sini....tp apa kan daya, aku cuma isteri kepada tentera yg mana sentiasa menurut perintah.....doakan la kami semoga lahirnya cinta juga di tempat baru nnt...

ok, 30 Ogos lepas, di LAbuan ni ada sambutan hari merdeka...uniknya kat sini, yg terlibat hanya kanak2 tadika sahaja...tiada penglibatan kontinjen dr org dewasa....seluruh tadika perpaduan dan tadika swasta di Labuan sahaja yg terlibat dengan perarakan ni...

sambutan ni pd mulanya sgt meriah...lepas setengah jam tiba2 je jd sunyi sbb tiba2 je stage astaka 'mati karen'...huhuhuhu...lama gak nk tggu, kesian kat anak2 pun ada gak..nsb baik ms tu kontinjen adam dh lepas...lastly lepas 10-15minit baru la ada karen semula....so, smbg semula la perarakan tu....agak dlm kul 9 lbh baru abis...adam ok je, masih steady, tp khabir, faham2 je la kan..dia jenis tido awal, ngamuk aje la...

adam dgn uniform merdeka dia ^___^

Adam dengan salah seorang kawan baik dia, Jaqueline

yg tgh pegang papan belah kiri tu pun kawan baik adam gak, easther namanya..sume mata sudah transform..kekeke

kontinjen adam tgh lalu bg tanda hormat sambil diiringi cikgu salina n cikgu sue...

masa ni sume acara dh selesai, cuma nak tgu ahli parlimen setel serahkan sijil kat semua sekolah terlibat

tgh nak tunggu arahan dr emcee bg arahan suruh bersurai je la ni...bila dpt je arahan, terus je la budak2 kat padang ni berkeliaran...hehehe...mcm tadika adam ni cikgu suruh berkumpul tepi astaka dulu sebab nak agihkan makanan...lepas tu dah boleh balik...hadiah masing2 cikgu bagi kat sekolah je nanti...


ni plak kereta kebal kat depan kuarters kami..AJKK kampung ganggarak ni buat tema ops daulat tahun lepas...diorg tgh bertanding antara kampung2 sebenarnya nie...budak 2 org ni je la sibuk nak bergambar..


3 comments:

3uri@ni said...

Bila masa adam berlatih nk berarak tu? Mujurrr khabir x nak berarak sama, kihkih

Nana Zack said...

cikgu dia ajar berarak keliling kuarters je zue...hehehehe... xde rehersel pun kat dataran, dtg2 terus kena berbaris...

teringat zaman sekolah dulu, tiap2 tahun wajib berbaris utk 31st ni, la ni turun kat anak la plak...hahahaha..

khabir bkn nak berarak sama, dia ajak blk rumah ada la...dia bknnya suka tmpt2 crowded mcmni...serabut kepala dia agaknya...huhuhu

rsgoldfast said...

Prospecting will be my favourite skill that is certainly the reason why I made the decision to produce a guide about this.It's visit my attention that many people might use a guide that offers several best ways to educate prospecting. The nice approaches to teach are rather unidentified.Prospecting is known as a challenging, monotonous and sluggish talent. But that doesn't reasons never to prepare the idea.
Buy Runescape Gold

Cheap Runescape Gold

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...